Friday, September 25, 2009

Resipi Kuah Kacang

Rabu lepas kami join Indonesian punya Eid party. Terima kasih kepada warga Indonesia yg sentiasa mengundang kami menghadiri majlis mereka dan menganggap kami seperti keluarga sendiri.

Eid Food

Saya cuma sediakan kuah kacang. Di sini saya kepilkan resipi kuah kacang seperti yg diminta. Kalau ada embak2 yg tidak faham boleh bertanya di comment box ya:)

Bahan2 yg perlu di blender

Bawang besar 1 1/2 biji

Bawang Putih 3 Ulas (kalau tak di taruh pun tak apa2)

Halia 1 Inci

Lengkuas 1 Inci

Serai 2 batang ( Saya suka taruh lebih:) )

Cili Kering 20 batang (terpulang tahap kepedasan yg anda suka)

Udang Kering (2 sudu makan)

Bahan2 lain

Serbuk Jintan 1 teaspoon

Serbuk Ketumbar 1 teaspooon

Kacang tanah 500 gm

Kerisik 2 sudu makan (dibuat daripada kelapa, kalau tak ada pun daijoubu:))

Santan pekat 2 cawan (kalau tidak diletak pun tak mengapa, supaya tidak mudah basi)

Gula kabung (gula hitam yg keras tu, ada dijual di Jepun juga) atau gula putih juga boleh quantity terpulang pada tahap kemanisan yg disukai.

Garam mengikut citarasa anda:)

Asam gelugur 1 keping ( Boleh juga diletak air asam jawa)

Minyak 2 Senduk Besar

Cara2

1) Panaskan minyak, kemudian ditaruh semua bahan yg diblender, jintan dan ketumbar dan di tumis sehingga wangi dan naik minyak nya.

2) Kalau suka, masukkan santan dan dimasak sehingga mendidih.

3) Masukkan kacang, kacau hingga sebati.

4) Masukkan gula, garam dan kerisik.

5) Masukkan asam keping.

6) Boleh ditambahkan air kalau mahu lebih cair.

7) Biar sehingga mendidih sambil di kacau adunan sekali sekala.

8 ) Sedia utk di makan

Selamat mencuba!

Ini photo2 yg sempat saya snap, saya minta maaf kalo ada gambar sesiapa yg tidak tersiar di sini:)

With Indonesian Friends

Kepada embak2 yg mau gambar beramai2 itu, boleh di copy di sini.

Umar & Falah

Other Cute Kiddos

Gambar anak2 pak sidiq lucu sekali kalau mau gambar2 nnt inform sama saya ya:)

Jazakallahu Khair sekali lagi kepada semua warga Indonesia. Semoga Ukhuwah kita berterusan, insyaAllah.

No comments:

Post a Comment